Apakah faedah sistem telefon IP PBX \ VOIP ?

Lebih mudah dipasang & dikonfigurasi berbanding sistem telefon proprietari

Program perisian yang berjalan pada komputer boleh memanfaatkan kuasa pemprosesan maju komputer dan antara muka dan ciri pengguna bagi Windows. Sesiapa dengan kefahaman mengenai komputer dan Windows boleh memasang dan mengkonfigurasi PBX. Sistem telefon proprietari sering memerlukan pemasang yang terlatih dalam sistem proprietari tersebut!

Lebih mudah diurus kerana ia berasaskan konfigurasi antara muka berasaskan web

Sistem telefon VOIP mempunyai konfigurasi antara muka berasaskan web, membolehkan anda menyelenggara dan menala halus sistem telefon anda. Sistem telefon proprietari sering sukar untuk menggunakan antara muka yang direka supaya hanya pemasang sistem telefon sahaja boleh menggunakannya secara berkesan.

Pengurangan kos panggilan

Anda boleh berjimat dengan agak banyak dengan menggunakan pembekal perkhidmatan VOIP bagi panggilan jarak jauh dan antarabangsa. Menyambungkan sistem telefon dengan mudah antara pejabat/ cawangan dan membuat panggilan percuma.

Tidak memerlukan pendawaian telefon berasingan – gunakan rangkaian komputer

Sistem telefon VOIP membolehkan anda menyambungkan telefon perkakasan secara terus ke port rangkaian komputer standard (yang ia boleh kongsi dengan komputer berhampiran). Telefon perisian boleh dipasangkan terus kepada PC. Ini bererti anda tidak perlu memasang & menyenggara rangkaian pendawaian berasingan bagi sistem telefon, memberi anda banyak kefleksibelan untuk menambah pengguna/ sambungan. Sekiranya anda berpindah ke pejabat dan belum memasangkan pendawaian telefon, anda boleh berjimat dengan banyak dengan memasang rangkaian komputer.

Tiada perangkap penjual

Guna telefon standard: Sistem telefon VOIP adalah standard terbuka – kesemua sistem telefon VOIP menggunakan SIP sebagai protokol. Ini bermaksud anda boleh gunakan hampir mana-mana telefon VOIP SIP atau perkakasan get laluan VOIP .Sebaliknya, sistem telefon proprietari sering memerlulan telefon proprietari untuk menggunakan ciri lanjut, dan modul sambungan proprietari untuk menambah ciri.

Boleh Diskala

Sistem proprietari mudah lapuk: Menambah talian telefon atau sambungan sering memerlukan peningkatan perkakasan yang mahal. Dalam sesetengah kes, anda perlu sistem telefon yang baru secara menyeluruh. Ini tidak perlu bagi sistem telefon VOIP: Komputer standard dengan mudah boleh mengendalikan bilangan talian telefon dan sambungan yang banyak – hanya tambah lebih banyak telefon pada rangkaian anda untuk berkembang!

Perkhidmatan pelanggan & produktiviti yang lebih baik

Memandangkan panggilan adalah berasaskan komputer, lebih mudah bagi pembangun menyepadukannya dengan aplikasi perniagaan. Contohnya: Panggilan masuk boleh terus secara automatik mengeluarkan rekod pelanggan pemanggil, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dengan ketara dan mengurangkan kos dengan mengurangkan masa yang diluangkan bagi setiap pemanggil. Panggilan keluar boleh dilakukan terus daripada Outlook, menyingkirkan keperluan untuk pengguna menaip nombor telefon.

Telefon berasaskan Perisian lebih mudah digunakan

Sering kali sukar untuk menggunakan ciri sistem telefon maju seperti persidangan pada telefon proprietari. Ini tidak benar bagi telefon SIP berasaskan perisian – kesemua ciri mudah dilaksanakan daripada window GUI yang mesra pengguna.

Lebih banyak ciri dirangkum sebagai standard

Memandangkan sistem telefon VOIP adalah berasaskan perisian, lebih mudah bagi pembangun membangunkan, menambah dan mempertingkat set ciri. Maka kebanyakan sistem telefon VOIP datang dengan set ciri yang kaya, termasuk auto atendan, mel suara, giliran panggilan dan banyak lagi. Opsyen ini sering kali sangat mahal dalam sistem proprietari.

Kawalan yang lebih baik melalui pelaporan yang lebih baik

Seting VOIP menyimpan maklumat panggilan masuk dan keluar dalam pangkalan data pelayan anda, membolehkan pelaporan kos panggilan dan trafik panggilan yang lebih berdaya.

Gambaran keseluruhan status sistem semasa dan panggilan yang lebih baik

Sistem proprietari sering memerlukan telefon ‘sistem’ yang mahal untuk mengetahui apa yang berlaku pada sistem telefon anda. Meskipun begitu, maklumat status sukar diterjemah. Dengan sistem VOIP anda boleh mendefinisi pengguna mana boleh melihat status sistem telefon secara grafik melalui pelayar web.

Bolehkan pengguna untuk memplug telefon mereka di mana-mana di pejabat

Pengguna hanya perlu mengambil telefon, sambungkannya ke port ethernet terdekat dan mereka kekalkan nombor mereka yang sedia ada.

Membolehkan perayauan mudah pengguna

Panggilan boleh dialihkan ke mana-mana di dunia kerana ciri protokol SIPnya