Apakah maksud istilah FXS dan FXO?
FXS dan FXO adalah nama port yang digunakan oleh talian telefon Analog (juga dikenali sebagai POTS – Perkhidmatan Telefon Lama Biasa (Plain Old Telephone Service).
FXS – antara muka Foreign eXchange Subscriber adalah port yang sebenarnya menghantar talian analog kepada pelanggan. Dalam kata lain ‘palam pada dinding’ yang menyampaikan nada dail, arus bateri dan voltan deringan.
FXO – antara muka Foreign eXchange Office adalah port yang menerima talian analog. Ia adalah palam pada telefon atau mesin faks, atau palam pada sistem telefon analog anda. Ia menyampaikan isyarat gagang diangkat/ diletak (penutupan gelung). Memandangkan port FXO disambungkan kepada peranti, seperti faks atau telefon, peranti ini sering dipanggil ‘peranti FXO’.
FXO dan FXS sentiasa dipasangkan, iaitu hampir sama dengan palam jantan/ betina.
Tanpa PBX, telefon disambungkan terus kepada port FXS yang disediakan oleh syarikat telefon.

Sekiranya anda ada PBX, maka anda sambung talian yang disediakan oleh syarikat telefon ke PBX dan kemudian telefon ke PBX. Dengan yang demikian, PBX mesti mempunyai kedua-dua port FXO (untuk bersambung ke port FXS yang disediakan oleh syarikat telefon) dan port FXS (untuk menyambung telefon atau peranti faks).

FXS & FXO & VOIP
Anda akan menemui istilah FXS dan FXO semasa memutuskan untuk membeli kelengkapan yang membolehkan anda menyambungkan telefon analog ke sistem telefon VOIP atau PBX tradisional ke pembekal perkhidmatan VOIP atau antara satu dengan lain melalui Internet.
Get Laluan FXO
Untuk menyambungkan talian telefon analog ke IP PBX anda memerlukan get laluan FXO. Ini membolehkan anda menyambungkan port FXS ke port FXO get laluan tersebut, yang akan menterjemah talian telefon analog menjadi panggilan VOIP.

Pemadan FXS juga dikenali sebagai pemadan ATA
Pemadan FXS digunakan untuk menyambungkan telefon analog atau mesin faks ke sistem telefon VOIP atau pembekal VOIP . Anda perlu ini untuk menyambung port FXO telefon/mesin faks ke pemadan.

Menyambung
Prosedur FXS/ FXO – cara ia berfungsi secara teknikal
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih butiran teknikal cara port FXS/ FXO saling beroperasi, di sini adalah urutannya yang tepat:
Bila anda ingin membuat panggilan:
Panggilan masuk:
Mengakhiri panggilan – biasanya port FXS bergantung kepada mana-mana peranti FXO yang bersambung untuk mengakhiri panggilan.
Nota: Talian telefon analog melalu hampir 50 voltan kuasa DC ke port FXS. Sebab itu anda mendapat ‘kejutan’ malap apabila anda menyentuh talian telefon. Ini membolehkan panggilan dibuat sekiranya berlaku kegagalan kuasa.
